Posted by: hafizzah | Mac 22, 2008

Sahabat

Kalian mempunyai sahabat…??? sahabat bukan kawan, bukan teman tapi sahabat adalah seorang yang sanggup bersusah senang bersama.. sahabat penting dalam hidup kita kerana sahabat penentu kecemerlang hidup kita.  Sahabat tak perlu ramai dapat seorang cukup memadai sebab seorang sahabat nisbahnya 100 kawan. Untuk mencari kawan mudah tapi untuk mendapat sahabat susah..penting sahabat kerana ia menentukan siapa kita pada hari ini, semalam dan hari yang akan datang. Seorang yang bernama sahabat tak mungkin akan menjerumuskan kita ke lembah hina..tapi untuk mendapat sahabat kita perlu memiliki sifat sifat sahabat… seorang sahabat akan membantu kita sekiranya kita memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita dia akan menutupkan nya..malah yang dikata kan sahabat ini dia sentiasa memperkatakan sesuatu yang baik tentang kita,baik dihadapan kita mahupun di belakang kita, apatah lagi tatakala kita mengalami blow yang amat sangat… selain seorang yang bernama sahabat yang terbentuk manusia kita juga sebenarnya mempunyai sahabat.. sahabat yang paling sejati iaitu diri kita sendiri… Untuk mendapat sahabat yang baik, diri kita sendiri perlu baik, baru lah sahabat sahabat yang baik akan datang dan kekal bersama kita..Insya Allah.

 Kawan palsua tidak ubah seperti bayang bayang yang sentiasa mengekori kita selagi kita berada dibawah cahaya matahari, tapi entah ke mana menghilangnya tatkala kita dalam suasana yang gelap…

Posted by: hafizzah | Mac 21, 2008

Kehidupan

Kehidupan yang Allah SWT kurniakan pada kita terlalu sempurna..diletak nya hati untuk kita merasai dan dirasai erti kasih sayang..dihias pula dengan perasaan yang tiada nilainya…satu keajaiban perasaan yang di anugerahkan tuhan pada kita..bagaimana hati boleh merasa sayang pada seseorang tanpa melihat atau mengenali wajahnya..bagaimana kasih dan sayang dapat tumbuh dengan suburnya hanya mendengar suaranya..bagaimana hati menyanyi girang bila terbaca pesanan ringkas darinya dan..jantung berdenyut pantas apabila terdengar suara syahdu darinya..itu belum lagi bertentang mata…semua ini berlaku pada diri kita..mungkin hari ini..semalam atau akan datang tak siapa yang tahu..hanya tuhan penentu segalanya…

Posted by: hafizzah | Mac 21, 2008

Salam Perkenalan

Salam perkenalan untuk semua..berdirinya saya hari ini dengan kaki sendiri setelah bangun dari kegagalan yang menyakitkan..kegagalan yang membawa kebahagiaan pada diri sendiri..Sakit perit kegagalan yang lalu membunga harum kehidupan hari ini..benih benih kejayaan yang disemai makin menampak kan hasil nya..indahnya kehidupan ciptaan tuhan…

« Kiriman-Kiriman Berikutnya

kategori