Percintaan dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Sedang kan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, hidup dalam dunia rumah tangga, cabaran nya memang berganda. Tersilap membuat keputusan, boleh membawa akibat buruk. Dugaan demi dugaan dan godaan demi godaan akan datang silih berganti. Ketabahan pasangan suami isterilah yang boleh membentengi segala dugaan yang mendatang.. Malahan ada pasangan, makin kuat dugaan dan godaannya, makin kebal dan kukuh pula cinta mereka dan bersemangat pula mereka mempertahan rumah tangga. Saya teringat satu kisah yang diceritakan kepada teman saya. Seorang wanita yang sudah lebih sepuluh tahun mendiri kan rumah tangga ketika itu tapi belum mendapat anak. Bebarapa kali rumah tangganya hampir goyong gara gara isu anak ini. Pernah mertuanya meminta kebenaran daripadanya, mencari jodoh yang lain untuk anak lelakinya itu. Tetapi dia bernasib baik kerana suaminya berkeras menolak tawaran tersebut. Wanita ini juga, begitu makan hati apabila ipar duainya sengaja menyindir dan ada yang secara terang terangan menuduhnya wanita mandul. Kering air matanya menangisi keadaan itu, hati hanya tuhan yang tahu. Sudahnya kerana tidak tahan dengan tohmahan demi tohmahan daripada keluarga suami, dia redha dan memberi peluang untuk suami mencari jodoh lain. Dia benar benar redha. Wanita itu amat pasrah. Dia mencintai suaminya sepenuh hatinya tetapi tidak mahu cintanya membelenggu masa depan suaminya sendiri. Dia tahu suaminya juga ada cita cita untuk menjadi seorang ayah tetapi demi kasih sayang mereka, suaminya juga redha menerima keadaan itu.
Benar, keredaan inilah yang mendapat balasan baik daripada Allah. Pasangan itu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Kedua duanya memperkasakan diri untuk menghadapi dugaan kehidupan mereka. Ketiadaan anak dalam perkahwinan bukan isu besar bagi mereka. Untuk mengubat rasa sunyi, mereka berbakti di rumah anak anak yatim, bersedekah dan membuat amal jariah, disamping terus berdoa.
Akhirnya, Allah mendengar juga doa mereka. Doa yang tulus, doa yang ikhlas dan dengan hati yang redha. Setelah 13 tahun berumah tangga, mereka akhirnya di kurniakan kembar! Inilah rahmat tuhan kepada hamba nya yang tahu bersyukur, tidak menyalahkan takdir, dan redha menerima ketentuan nya. Sekiranya wanita ini melatah atau suaminya tidak kuat semangat dengan dugaan tersebut, mungkin rumah tangga mereka kini sudah tinggal kenangan. Ini lah yang harus kita pelajari, dan kita hayati dalam menempuh pelbagai dugaan dalam berumah tangga. Tidak ada masalah tak penting, kukuhkan rasa cinta anda setiap hari kepada pasangan.