Posted by: hafizzah | April 4, 2008

Kedamaian

Di alam maya yang semakin canggih, banyak evolusi evolusi terkini tercetus, cetusan idea idea yang semakin sukar untuk di fahami. Tapi mengapa di dalam dunia yang penuh kecanggihan ini masih terdapat di satu sudut manusia manusia yang ketandusan kedamaian.  Erti kedamaian yang sukar untuk di tafsirkan, betapa luasnya lautan kedamaian yang telah hilang di tambuni kesengsaraan. Tapi kita tetap percaya di setiap kejadian ada kebaikkan dan keburukkan nya. Hanya manusia yang buta mata hati sahaja yang masih teraba raba mencari sinar kedamaian. Pencarian yang tak akan ada penghujungnya. Betapa lemahnya manusia di tangan syaitan, syaitan ketawa bergembira setiap kali anak cucu adam tersungkur…Dalam dunia yang semakin  menggila ini, boleh dikira dengan jari berapa peratus anak cucu adam masih setia pada yang ’satu’.

Bercakap gahnya tentang kejayaan tapi lupa yang menganugerahkan nya..lupa untuk bersyukur…Dan yang baru meningkat naik pun sama gahnya…mendabik dada, lupa pada erti kesusahan tamak mengejar duniawi…TUHAN MAHA AGONG..Kebahagiaan yang penuh dengan kepuraan seperti pelangi selepas hujan, memang indah warnya tapi sayang hadirnya hanya sekejap cuma…


Leave a response

Your response:

kategori