Posted by: hafizzah | Mac 27, 2008

Kejadian Kehidupan

Proses kehidupan adalah satu jangka masa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada makhluk yang dikehendakinya.

Secara umumnya,terdapat beberapa kenyataan berhubung dengan waktu bermulanya kehidupan:

1) Bidan bidan lebih percaya bahawa kehidupan bermula setelah berlakunya persenyawaan.

2) Pakar perubatan dari negara jiran pula berkata kehidupan janin bermula sejak jantung berdenyut iaitu dalam usia lebih kurang 3 bulan

3) Pendapat dari Persatuan Doktor Kebidanan Sedunia (FIGO) yang berkata kehidupan bermula ketika zigot mula menempel di rahim.

4) Ulama dari Universiti Al Azhar berkata kehidupan bermula sejak sel telur tertanam di rahim sekitar usia 14 hari.

5) Ulama Bangladesh berkata bahawa janin bernyawa ketika berusia 8 minggu.

6) Berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW yang mengata kan”bukanlah pembunuh jika janin belum mengalami proses kejadian menjadi manusia yang berlangsung selama 120 hari”.

7) Kaum Yahudi pula berpendapat janin memiliki nyawa ketika berusia 40 hari.

8) Kaum Katolik berkata janin bernyawa bila sudah bergerak iaitu sekitar 40 hari.

9) Kaum Kristian pula percaya bahawa kehidupan bermula ketika bermulanya pembenihan.

Yang pastinya, semua yang berlaku adalah bukti kekuasaan Allah SWT kerana tidak ada yang setara denganya mencipta kejadian yang sebegitu rumit.


Leave a response

Your response:

kategori